Followers

Sunday, August 14, 2011

Kenduri

Salam  14 Ramadhan semua...
Diam tak diam dh 14 hari dh kn kita berpuasa. Maknanya dh 17 hari lh saya ngn family tinggal kt umah baru kami. Kenduri doa selamat dan masuk umah pun dh selamat diadakan pada 29/07/2011 aritu. Cuma buat kenduri kecil-kecilan sempena nk masuk rumah dan sambut puasa. Jemput org² surau, sedara saya ngn sedara suami je. Almaklumlah budget pun ciput je. Alhamdulillah segala²nya dh berjalan ngn lancar pada 29/07/2011 aritu. Terima kasih pada yang sudi hadir pada mlm tu ye.
Tapi yang nk story mory dan yg nk jadi citer pd kali ni ialah persiapan nk langsungkan kenduri pada hari tu. Tapi citer tu mcm lari tajuk skit la. Sbb seawal pagi saya ngn suami dah berangkat ke dusun bapa mentua di Wang Tepus, Jitra utk amik buah² sikit utk dijadikan sebahagian dari bahan kenduri. Sbb kebetulan sekarang kan musim buah²an. Sampai je kt dusun tu, memang kami excited (saya yg excited lbh sbb fist time pegi dusun tu) sgt sbb buah² memang byk. Sampai kami x tahu nk mula petik yg mana dlu. So kami bahagi²kn tugas. Yelah pegi berempat, so saya ngn husband petik buah cempedak, Mike (adik ipar saya) ngn kwn dia petik rambutan. Sampai je kt pokok cempedak tu, Ya Allah betapa sukanya saya ngn husband sbb buah memang byk sgt. Sampai yg dh masak, jatuh dan dah rosak pun ada. Kami yg xde pengalaman petik pokok cempedak x tahun nk petik yg mana, sbb buah cempedak ni kn org peram bagi masak. So call plak mak tanya buah mcmana yg sepatutnya kami petik? Mak kata yang tangkal dia dh coklat dan kulit buah dah cekang, tu tandanya buah dh tua. So saya ngn husband petiklah mengikut petua yang telah mak bagi tadi. Memang berbaloi² hasil kutipan kami.
Selesai petik buah cempedak, kami beralih plak kt pokok rambutan. Tolong Mike ngn kawan dia petik rambutan. Saya cuma tunggu bawah pokok, tolong asing²kan daun² rambutan tu. Husband plak dah letih katanya berehat kt pondok. Siap tido lgi dia. Ye lah sedap oo kena angin sepoi² bahasa + letih, ha maunya x tertido dia. Hehehe alih² tinggal la kami bertiga je yg petik buah. Tengah layan petik buah rambutan, "gedebuk" je bunyik, buah durian jatuh daa. Apa lagi berebut kami berlari cari buah durian tu. Dapat la sebijik buah durian. Dongak tgok atas pokok durian, buah bole tahan banyak, tp nk tunggu yg gugur tu yg x kena pada masanya. Dari kami sampai, sampailah kami nk balik ada la gugur buah durian 3 biji. Jadilah buat buah tangan balik umah.
Abis je petik rambutan, kami beralih plak kt pokok langsat ngn manggis. Mike ngn kawan dia panjat pokok langsat, manakala saya plak petik manggis. Byk gak la hasil kutipan langsat ngn manggis tu. Abis petik memetik buah ni dlm kol 1, kereta pun dh penuh ngn buah²an, kejut husband then off blik umah sbb tgahari tu kmi nk pegi angkut kerusi meja knduri plak.
Sampai je rumah, kami agih² kan buah² kt sedara² dan tinggalkan sikit rambutan utk kenduri mlm nanti. Selesai semua tu, dh mandi bagai, kami terus ke surau amik kerusi meja angkut pegi umah saya. Susun plak kt kawasan umah saya. Fuhh letih ko. Tu nasib baik anak² family husband tolong jaga. Kau x maunya lgi letih, mana nk jaga bdk² tu lagi, nk mengemas lagi. Selesai je susun menyusun tu, kemas la umah sikit² utk persediaan mlm nanti. Sebelum maghrib, saya ngn husband pegi amik lauk-pauk kenduri plak. Menu yang dipilih nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan buah tembikai. Sampai rumah susun² plak lauk-pauk tu atas meja. Lepas tu mandi selesaikan apa² yg patut, husband pegi surau, jemaah dan jemput org² surau sekali. Lepas solat Isyak, para jemputan pun dh sampai, majlis pun dimulakan dengan bacaan Yasin, tahlil dan bacaan doa.Habis bacaan doa, acara mkn² pun bermula. Alhamdulillah lauk semuanya cukup utk 100 org mkn. Selesai mkn, para jemputan mintak diri sbb hari dh semakin larut mlm.
Walaupun nk buat kenduri kecil je, tp Ya Allah letih bdn ni toksah cakap lh, makan 2-3 hari gak la. Apa² pun Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.Terima kasih kepada semua yg terlibat di dalam menjayakn kenduri ini ye....jasa kamu semua akan dikenang hingga ke akhir hayat......
Jom tengok gambar² sepanjang hari tu ye.....





































No comments:

Post a Comment