Followers

Monday, January 09, 2012

Cerita Disember 2011

Lama betul x update blog.Tahun 2011 pun dh meninggalkan kita. Dah selangkah kehadapan pada tahun 2012. Tp byk lg cerita yg masih belum dicerita dlm blog. Kesibukan kerja ditambah kemalasan menjadikan blog ini sunyi tanpa sebarang cerita.

Apa² pun bulan Disember byk menyimpan seribu kenangan samaada kenangan manis mahupun pahit. Pengalaman yg x pernah terlintas di fikiran pun berlaku pada Disember 2011. Pengalaman yg teringin nk dirasa pada bulan Disember pun x berjaya dirasa dan macam² lagi lah. Apa² pun semua itu dh menjadi kenangan di dalam hidup kita dan kita harus teruskan hidup. Byk lagi pengalaman yang bakal berlaku dalam tahun 2012. Semoga kita semua tabah di dalam menjalani kehidupan di Tahun 2012.

Peristiwa sepanjang Disember 2011 :-

01/12/2011-Hari Inovasi Peringkat JANM Utara di Hydro Hotel, Penang.

05/12/2011-Taklimat Penutupan Akaun Tahunan 2011 di JANM Putrajaya.

19/12/2011-Bawa Irsyad ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak utk cucuk.

21/12/2011-Mesyuarat Jawatankuasa Parking Wisma Persekutuan Anak Bukit.

26/12/2011-Daftar Irdina masuk Tadika.

29/12/2011-Irsyad di tahan di Wad 5A HSB ( Hospital Sultanah Bahiyah)

Irsyad di tahan di Wad 5A HSB disebabkan dia demam berpanjangan sejak 19/12/2011. 11 hari dia demam x kebah². Langsung x mau minum susu dan makan sampai dh "Dehydrated". So amik keputusan utk bawa dia ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 29 Disember 2011. Sampai je HSB terus doktor kata kena tahan wad sbb nk tambah air kt Irsyad. Bila dh lekat je kt HSB tu, amik ko 4 hari mama tido wad ngn Irsyad. Tp sekarang, Alhamdulillah sejak dh keluar wad Irsyad dh semakin ceria, dh mau mkn nasi dan yg paling best tu dah pandai cakap. Ada² je perkataan baru yg dia pandai sebut setiap hari.


Apa² Selamat Tahun Baru 2012 w/pun dh seminggu kita melangkah ke tahun baru. Lupakan segala kenangan yg pahit sepanjang tahun 2011 dh jadikan kenangan terindah bg saat² yg manis di dalam hidup kita sepanjang tahun 2011.

*maaf ye kau cara penulisan dan penggunaan ayat yg tunggang langgang sbb x pandai sgt nk mengarang cerita*

No comments:

Post a Comment