Seminggu blog saya sunyi dari sebarang cerita. Nak kata bz dengan keje, x juga sbb sempat lg jengah blog org lain. Mungkin kekeringan idea yg membuatkan saya sunyi tanpa sebarang entry. Cerita yang bakal saya ceritakan sebentar lg, masih lg fresh dan baru je berlaku.
Al-kisahnya, semlam astro prima ada menyiarkan cerita "Susuk Amanda" pada pkul 11.00 mlm. So saya dan husband pun layan le citer tu sbb mata kami masih lg belum mengantuk. Anak2 plak dua2 dh tdo. Cerita ni start kol 11.00 mlm dan abis pkul 1.00 pg. Citer ni ala2 kisah hantu gak la sbb Amanda ni mati kena rogol dan bunuh. Lpas tu mayat dia disorokkan di dalam kebun kelapa sawit. So husband Amanda ni ingat dia dh lari dari rumah sbb Amanda ni selalu kena marah dengan mak mentua dia. Kejadian hantu2 ni bermula disebabkan roh Amanda ni x tenteram selagi mayat dia x ditemui oleh suami dia. Adengan hantu2 ni pun bermula lah sehingga lah mayat Amanda ni ditemui suami dan penduduk kampung. Jadi mayat Amanda ni telah dikebumikan dengan sempurna.
Ok, mesti semua tertanya2 apa kaitan cerita "Susuk Amanda" ni dengan tajuk entry kt atas tu. Ha kisahnya bermula pkul 2.30 pg pg tadi. Tepat pkul 2.30 pg, Adik Irsyad menangis sambil matanya pejam, tp mulut dia ada sebut nk susu. So saya tepuk2 la Adik Irsyad kot2 dia tdo balik sbb saya dh mula dihantui perasaan takut sbb teringatkan cerita kisah Amanda tadi. Nak kejutkan husband yg tgh tdo, kesian lah plak sbb nampak nyenyak sgt dia tdo. So dengan perasaan yang bercampur antara takut dan berani, saya gagahkan juga sbb kesian dekat Adik Irsyad yg lapar susu tu. Tgh saya bancuh susu Irsyad, tiba2 saya dengar ada bunyi tapak kaki, dan ada bayang2 dkt depan saya. Ya Allah, terkejutnya saya bila saya toleh je belakang, tgok ada sesusuk tubuh kecil berdiri belakang saya. Nasib baik saya xde sakit jantung ke apa, kalu x x tahulah apa nk jadi. Nasib juga lah tangan saya ni x pantas, kalu x maunya saya tolak Adik Irsyad tu. Sbb nya sblm ini, Irsyad kalau nagis nak susu, dia x pernah pun bangun dari katil. Tp semalam dia boleh plak bangun dari katil ikut saya ke dapur. Mungkin dia tahu kot mama dia ni takut lpas tgok cerita seram tadi. Ish la anak, bikin mama suspen je.........
Motif yang boleh saya kongsikan di sini adalah, "JANGAN MENONTON CERITA SERAM SEBELUM MASUK TIDO YE". Sebabnya perasaan itu akan terbawa2 semasa anda tido.......Hehehe
sy suke tgk cite seram.tapi lepas tgk mesti ngigau.hehe..so, skrg jrg dh tgk..mmmg terbawa2 takutnye
ReplyDeletetu lh memang jarang saya tgok citer seram ni, tp tah citer Susuk Amanda ni leh layan plak ngn husband. Yg takutnya time bgun nk buatkan susu utk anak tue....hehe
ReplyDelete