Followers

Wednesday, April 03, 2013

Cuti Sekolah Merangkap Family Vacation

Assalamualaikum semua...

Cuti sekolah sudah seminggu berlalu, tp citer pasal cuti sekolah baru nk di share dlm blog saya ini.

Ujung-ujung cuti sekolah baru we alls plan nk p bercuti. Tak plan jalan jauh sgt pun, just bawak anak-anak tdo hotel kt Sungai Petani (SP) je. Dah la sebelum tu pun dh bawak anak-anak dok hotel di SP sbb saya berkursus di Cinta Sayang Golf & Country Resort. Tp time tu anak-anak ngn husband je seronok sbb saya kena attend kursus. Kali ni saya pun nk amik mood bercuti gak dan  nk bagi Dina merasa cuti sekolah.

Actually, hari Rabu mlm baru plan ngn husband, so kali ni kami pilih Park Anevue Hotel, SP. Nasib baik last minit booking masih diterima. Maklumlah cuti sekolah, w/pun time kami nk p ni dihujung-hujung cuti sekolah. Rate hotel pun boleh tahan, x lah terlalu mahal sgt. Hehehe we all pakai Gov. Rate. Alhamdulillah byk kemudahan yg disediakan utk Kakitangan Kerajaan ni, termasuklah rate kalau nk menginap di hotel.

Hari Khamis petang, kami Jabatan Kerajaan di Kedah kerja sampai pukul 3.30 ptg je. So abis je time keje, terus punch card and pecut laju-laju balik umah. Attend kenduri jiran jap, mkn sikit-sikit tunjuk muka pastu terus blah balik umah siap barang-barang dan anak-anak. Kami bertolak dari rumah pukul 6.15 petang sbb perjalanan ke SP mengambil masa lebih kurang sejam shj. Dalam pukul 7.30 petang kami pun sampai lah di Park Avenue Hotel, SP.


Sampai je kt kaunter nk check-in, bagitau nama terus kakitangan hotel bagi kunci bilik. Sungguh cepat dan layanan yang diberikan memang tip top. Sambil-sambil tu mata saya melilau tgok sekeliling kaunter, mata terus terpandang artikel dalam news paper yang digantung tentang layanan Park Avenue Hotel. Hotel tersebut telah diberi pengiktirafan layanan kaunter terbaik.

Dapat je kunci bilik, terus naik ke bilik. Dapat pulak bilik satu level ngn swimming pool, terus anak-anak mengelupur nk mandi kolam. Hehe slow talk ngn anak-anak bagitau pool dh tutup, pujuk bagitau esok pagi lpas breakfast boleh mandi kolam. Malam tu we all just lepak-lepak kt bilik, mkn mlm pun just tempah kt hotel mkn kt bilik je. Harga x lah mahal sgt, tp yang paling penting masakan yg ditempah memang SEDAP berbaloi dengan harga yang dibayar.

Bilik Standard Deluxe - bilik kami
Esok pagi lepas je breakfast, terus bawak anak-anak mandi kolam. Tp org kt pool boleh tahan gak la ramai. Bagi anak-anak mandi sampai dkt-dkt pukul 12 tghari gak la. Matahari semakin membahang, terpacak di atas kepala, dh kena pujuk plak anak-anak ajak balik bilik. Berdrama gak la ngn Icat. Dina ok lagi sbb dh faham apa yg kita explain, tp Icat siap menangis kelupur x mau balik bilik. Husband dukung gak dia, sambil dia nangis kelupur sepanjang jln nk balik bilik. Masuk je bilik, terus tahan air dlm bath tab bagi anak-anak sambung mandi kt bilik. Nasib baik hotel tu ada bath tab, kalu x mau pening kami nk melayan tangisan Icat. Hehehe lepas anak-anak siap mandi, we all keluar cari lunch. Lepas lunch, bawak anak-anak jalan-jalan kt SP. Petang balik bilik, sbb anak-anak dh letih nk tido. Saya ngn husband lepak-lepak tgok tv, ngn layan wifi hotel yg sangat laju ( kotak wifi betul-betul sebelah pintu bilik). Mlm tu pun malas kuar mkn just tempah mknan mkn kt bilik je, dlm kol 9 mlm niat di hati nk pegi main bowling kt Sejati Bowling sebelah hotel tu, tp rasa malas la plak. So kami lepak-lepak kt lobby hotel mkn ais krim sambil layan wifi sampai jemu naik bilik tido.

Irdina, Me and Irsyad
Pool
Esok pagi bagun turun breakfast ngn Dina je sbb geng lelaki bagun tdo lambat. Kami enjoy breakfast berdua sampai kenyang, then balik bilik bagi Dina berendam dalam bath tab. Geng lelaki bangun je terus siap-siap barang then chek out. Lpas check out terus kami gerak balik Alor Setar.

Itu lah cerita cuti-cuti sekolah baru-baru ini. Nk karang citer panjang-panjang x pandai. Hehe bye....

1 comment: