Followers

Friday, May 27, 2011

Akasia - Nora Elena

Assalamualaikum......

Kalu di tengok dr tajuknya, sure u alls semua dh dpt meneka kn entry ni nk b'cerita tentang apa. Apa lg kalu bkn slot akasia yg mnjadi kegilaan aku skrg ni, Nora Elena. Bersiaran setiap isnin hingga khamis pkul 7.00 mlm. Drama ni di adaptasikan dr sebuah nove yg b'tajuk " Kasih Yang Suci ". Kalau di tengok dr jalan ceritanya di slot akasia memang sgt² menarik ceritanya. Aku rasa novel dia lg best kn? (sbb x penah bca lg novel ni). Apa² pn jom kita lyan sinopsis yg aku ambik dr novel dia ye.......


Sinopsis


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Tp untuk slot akasia TV3 ni xtau lh kn ending citernya mcmana. So kalu u alls (t'masuklah aku) nk tau ending citer ni mcmana kita semua kenalh jd penonon yg setia ky........ bubye.....

1 comment: