Followers

Monday, March 19, 2012

Misteri Terjawab

Salam semua

Tajuk entry mcm misteri sgt². Sebenarnya memang misteri pun kpd saya ngn Jard. Sebelum ni kami ada beli dan membela lobster 2 ekor. Seekor dh mati sbb gaduh sesama sendiri. So bangkai lobster tu pun ditemui di dasar akuarium. Yang menjadi misteri ni adalah kehilangan lobster yg lagi sekor ni. Ptg kejadian tu (lebih kurang sebulan yang lalu), saya dan suami tukar air akuarium. Mlm tu pulak, sebelum masuk tido, kami laki bini ada gak belek² lobster dlm akuarium tu. Nak dijadikan cerita, bagun je besok pagi tu saya ngn husband perasan yang lobster tu dh x da dalam akuarium. Puas kami cari seluruh rumah, x juga jumpa lobster tu. Nak kata cicak mkn x mungkin lah kot sbb lobster kn lagi besar drpd cicak. Nak kata tikus makan mungkin lah kot. Tp seingat saya, sepanjang menghuni rumah kami ni, x pernah lagi la saya terserempak mahupun terjumpa ngn "Cik Ti" ni. So kehilangan lobster ni menjadi tanda tanya la kpd kami berdua.

Jadi, misteri kehilangan lobster ni kami khabarkan kpd abah saya. Jwpn yg abah bg adalah mungkin dimakan oleh "Cik Ti". Tp saya menegaskan yg rumah saya x pernah ada "Cik Ti". Along saya yang kebetulah ada di situ pulak mengatakan yang rumah dia ada "Cik Ti" (saya dan along tinggal satu taman, cuma berselang 4 biji rumah je). Saya masih menegaskan yg rumah saya x ada "Cik Ti". Kali ni jwpn yang abah berikan agak menakutkan saya. Abah kata mungkin benda halus yang mkn lobster saya ni. Hehe saya tahu abah cuma melawak sbb kehilangan lobster ni sgt lah misteri. Hari berganti hari, hari berganti bulan, misteri kehilangan lobster ni hilang dari ingatan kami berdua.

Nak dijadikan cerita hari jumaat baru² ni, tetiba mood jadi sgt rajin utk mengemas rumah. Jangan salah faham plak, bukan sblm ni x pernah kemas rumah, cuma hari Jumaat rajin nak cuci sliding door rumah. Saya pun naikkan semua langsir rumah supaya senang saya nk cuci sliding door tu. Ha......masa tgh naikkan langsir ni lah misteri kehilangan lobster terjawab. Saya berjaya temui cengkerang lobster tersebut yg sudah kekeringan. Seingat saya sebelah pg kehilangan lobster tu, saya dan husband dh tgok kt area sliding door tu, tp x nmpak pun lobster tu. Kalu x mesti lobster tu masih hidup sehingga ke hari ini. Hem......nak buat mcmana kn, dh ajal dia time tu sbb tu kami xnmpak yg dia ada dkt sliding door tu. Mungkin dia berjalan nk keluar rumah. Apa² pun AKHIRNYA misteri kehilangan lobster sudah terjawab...... :)

No comments:

Post a Comment