Entry kali ni, just nk share pasal Dina and Icat. Sian kt anak-anak mama. Sorang sakit mata, sorang lg sakit tekak dan selsema. Dina start ari ahad tu mata dia dh bengkak dan berair. Time tghari mata dia jadi bertaik mata. Ingatkan sbb panas dan kurang air. Saya dan husband nasihatkan Dina supaya minum byk air masak. Dia pun ikut je kata kami. Tp ari isnin, mata dia still bertaik mata. So saya x bagi la Dina pergi sekolah sbb takut jangkit kwn-kwn plak. Masuk arini, masa nk antar Dina pegi umah Maktok, baru saya perasan yang mata Dina langsung x boleh buka. Seluruh mata Dina diselaputi taik mata. Kesian Dina......So sampai je umah Maktok, Maktok terus lap mata Dina ngn air suam. Saya ngn husband janji ngn Dina nk bawa dia pegi klinik.
Adik Icat plak, start semalam dia mula berhingus dan batu-batuk. Ingatkan selsema dan batuk-batuk biasa je. Tp dalam kol 10.30 pg tdi, dpt panggilan drpd abh bagitau Adik Icat batuk-batuk sampai x mau minum susu. So saya call husband bgitau dia and we decided nk bwak dua-dua pegi klinik on that time juga.
Jumpa je Doktor, Doktor periksa bagai, dan Doc bagitau yang Dina sah dijangkiti sakit mata. Manakala Adik Icat plak batuk dan tonsil kiri dia dh membengkak. Last skali Doc pesan suruh kuarantinkan Dina sbb takut sakit mata dia berjangkit. Dan saya, husband dan Adik Icat dpt juga ubat sakit mata sebagai langkah berjaga-jaga supaya x dijangkiti. Dan mulai esok, Dina akan saya kuarantinkan di rumah MIL saya. Huhuhu kesian Dina tp nk buat mcmana, kalu dia dok umah Maktok, takut jangkit dekat Adik Icat dan Fatihah (anak adik saya) plak. Sabar ye sayang......mama, baba dan Adik Icat doakan Dina cepat sembuh ye.......Dan untuk Adik Icat pun mama, baba dan Kakak Dina doakan supaya cepat sembuh ye sayang.....
p/s : time tgh buat entry ni pun mata saya dh mula rasa sengal-sengal dan berair. Adakah saya juga.........huhuhu
No comments:
Post a Comment