Followers

Tuesday, January 01, 2013

Back To School

Assalamualaikum,

Alhamdulillah entry pertama di Tahun 2013. Tak ada cerita yang menarik pun cuma nak kongsi cerita anak pertama saya (Irdina) kembali ke sekolah pada hari ini.

Walaupun Irdina baru je masuk 6 tahun dan hanya bersekolah tadika, namun sebagai ibu dan bapa kami amat teruja dan gembira. Syukur sgt-sgt Irdina ke sekolah tahun ini dengan sikap yang positif dan yang paling penting "no more drama this year". Kalau yang dh pernah baca blog saya sebelum ini, Irdina memang buat drama last year waktu first day until her 60 days at school. Hehehe drama menangis sambil tarik baju mama sebab tak nak pergi sekolah. Kalau yang belum pernah baca, boleh spend time baca DISINI.

Mungkin tahun lepas Irdina baru je fist time menjejakkan kaki ke sekolah kerana sepanjang hayat Irdina sehingga berumur 4 tahun Irdina dijaga oleh Maktok dia (mak saya). So pengalaman belum pernah ditinggalkan ahli keluarga kot yang membuatkan Irdina menangis apabila hendak ke sekolah. Namun Alhamdulillah semua tu dh menjadi kenangan pahit dan pada saya sesuatu yang manis untuk dikenang buat saya, suami mahupun Irdina sendiri. Tahun 2013 ini, Irdina dh semakin bersemangat hendak ke sekolah kerana katanya dia rindukan kawan-kawan dan cikgu dia.

Apa-apa pun sebagai ibu, mama dan baba mengharapkan Irdina akan belajar pandai-pandai agar menjadi seorang anak yang berilmu didunia mahupun diakhirat. Amin......

1/1/2013

 

No comments:

Post a Comment