Hari ni saya nk berkongsi resipi "Spageti goreng kicap berlada". Seperti yg semua sedia maklum, kalau sebut je spageti atau dlm ejaan org putih spaghetti mesti semua terbayang spaghetti carbonara lah, spaghetti and meatballs, speghetti bolognese dan byk lg. Tp tu semua resepi omputih yg rata-ratanya tak berapa sesuai dgn tekak kita. Sekali sekala mkn ok lah kn?
Ha...berbalik kepada tajuk kita di atas tu, hari ini saya nk berkongsi dengan u alls semua resepi spageti cara org melayu. Thanks to Mrsbobo sbb sudi kongsi resepi yg simple dan menarik ni. Jom kita share bahan-bahan dan cara-cara menyediakan resepi ni ye....
Bahan-bahan:
1. Spageti direbus
2. Brocolli dan cauliflower
3. Ayam, daging, seafood, fishballs (ikut suka u alls la ye)
4. Kicap pekat
5. Kicap manis
6. Bawang merah & bawang putih (chopped)
7. Lada hitam yg ditumbuk
8. Garam &
9. Gula (utk perasa)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan ayam/daging/seafood/fishballs
3. Masukkan kicap dan bahan-bahan perasa
4. Masukkan brocolli dan cauliflower
5. Bila kicap dah mendidih, masukkan spageti dan gaul rata
6. Akhir sekali taburkan lada hitam yg ditumbuk mengikut selera anda (kalau suka pedas tabur lebih sikit)
7. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda
Mudah kan nk menyediakan masakan spageti ni. W/pun mudah dan simple tp sungguh x terlintas di fikiran nk try buat sehinggalah saya BW blog Mrsbobo.
So ni lah menu lunch saya dan icat hari ni. Jom kita tengok pics spageti goreng kicap berlada saya ye....
Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment