Jumaat last week, Dina ada bagitau yg gigi dia tumbuh berlapis di belakang. Baba suruh Dina buka mulut nk tengok betul ke gigi kakak tumbuh berlapis. Dina buka je mulut memang betul gigi Dina dh jenggol (tumbuh) agak tinggi gak la. Kalau semua nak tahu, Dina mula tumbuh gigi masa umur setahun lebih, so gigi susu dia memang masih elok tanpa sebarang kerosakan pluss Dina pulak rajin gosok gigi. So Baba decided utk bawa Dina jumpa Dentist pada hari Sabtu. Niat asal kami nk dapatkan pandangan mcmana nk buat dengan gigi susu Dina tu memandangkan gigi susu Dina masih kukuh ditempatnya. Masuk je jumpa Doc, Doc bagitau yg gigi susu tu terpaksa dicabut bagi membolehkan gigi kekal Dina naik elok ditempat gigi susu tu semula.
Ha....waktu ni lah mula drama bagai. Dina dh mula kecut perut samada nk cabut atau tak gigi susu dia. Jangan kata Dina, mama pun dh kecut perut anak dara dia nk cabut gigi. Dalam masa yang sama Dina nk gigi kekal dia tumbuh elok ditempatnya semula. Sekejap Dina setuju nk cabut, sekejap dia ubah pikiran pulak. Adoi, mana satu keputusan ni Dina? Yelah kan, budak 7 tahun nk buat keputusan yang mana mama dia pun akan terpikir banyak kali gak kalau kena cabut gigi. Seram tu bagi kami yang tak pernah lalui pengalaman cabut gigi ni. Mula la Dina berdialog tanya mama dan baba sakit ke tak cabut gigi ni. Mama pulak tak pernah cabut gigi anak oiii. Baba pulak jawab tak sakit pun sbb baba masa baya Dina dh pernah cabut gigi dh. Dalam masa yg sama Dina dh menangis dh tak tahu samada dia nk cabut atau tak gigi dia. Mama pun mulakan lah peranan utk pujuk anak dara dia. Mama bagitau Dina kalau Dina nk cantik bila besar nanti Dina kena la cabut gigi susu Dina ni supaya dia tumbuh elok semula di tempatnya. Tp kalau Dina nk gigi Dina ke dalam sikit dan tak duduk kt tempatnya tak payah cabut gigi susu ni. Akhirnya, Alhamdulillah Dina setuju nk cabut gigi susu dia sbb dia nk gigi dia cantik bila besar nanti.
Tapi Dina kenakan syarat nk mama temankan Dina sepanjang proses cabut gigi tu. So mama temankan lah Dina sepanjang proses tu dan hanya Tuhan je yang tau perasaan mama masa tu sbb mama tak pernah lalui semua ni dan terpaksa pulak bg semangat dekat Dina. Alahamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Rupanya kejap je masa diambil utk proses cabut gigi ni. Hehehe keluar je dari bilik Doc tu mama tengok Icat mengeluh lega tengok kakak dh selamat cabut gigi. Rupanya baba kata sepanjang kakak kt dalam bilik Doc tu, Icat dh tak senang duduk risaukan keadaan kakak dia. Sbb tu bila kakak kuar je dari bilik Doc Icat dh mengeluh kelegaan. Hehehe sayang gak bdk brutal ni dekat kakak dia.
Naik je kereta Icat bagi layanan first class dekat kakak dia. Langsung tak bergaduh sepanjang perjalanan balik ke rumah. Kalau tak ada je yang nk digaduhkan dengan kakak dia sepanjang dalam kereta. Alhamdulillah selamat sudah kakak cabut gigi susu sbb gigi kekal sudah mula nak tumbuh.
Советую- анкеты индивидуалок PrivatNNover Alahamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Rupanya kejap je masa diambil utk proses cabut gigi ni.
ReplyDeleteПроститутки по вызову. Рыжая бестия ждет в гости чувственного мужчину ...я подарю тебе сладкие минуты общения...ты не пожалеешь... Недобросовестная работа сантехника чревата вытекающими последствиями.