Followers

Friday, June 10, 2011

Kasut

Assalamualaikum semua,

Arini tuan tanah kedaung nk becerita tentang kasut ye. Diulangi kasut.....ha tentu semua t'tanya² ada apa dgn kasut kn? sebenarnya baru² ni saya ada menonton sebuah cerita drpd Iran tentang kasut. Tajuk cerita tu "The Children of Heaven". Walaupun cerita berkisarkan tentang sebuah keluarga dan sepasang kasut, tp cerita tu sgt² menyentuh hati dan sedih. Meh la saya ceritakan tentang sinopsis cerita tu ye......


" The Children of Heaven ".........

Ali telah diminta oleh adiknya Zahra utk membawa kasutnya yg koyak utk dibaiki. Tetapi di dalam perjalanan pulang, Ali telah singgah di kedai utk membeli kentang yg dipesan oleh ibunya. Ali meletakkan kasut Zahra di satu sudut di tepi kedai, tetapi kasut itu telah diambil oleh pengutip sampah. Jadi Ali pulang dgn rasa yg bersalah terhadap Zahra kerana telah menghilangkan kasutnya itu. Akibat dihimpit oleh kemiskinan, kedua²nya telah berjanji utk tidak menceritakan kepada kedua org tua mereka tentang kehilangan itu. Ali dibebani rasa bersalah telah menawarkan kasutnya utk dipakai oleh adiknya utk ke sekolah. Zahra akan memakai kasut itu utk sesi persekolah pagi, dan sejurus tamat waktu persekolahan Zahra akan terus berlari pulang utk memulangkan semula kasut Ali bg membolehkan Ali memakainya utk sesi persekolah petang. Itulh rutin harian kedua² mereka. Pada satu hari, Ali mendapat tahu tentang perlumbaan larian yg menawarkan hadiah sepasang kasut sekiranya memenangi tempat ketiga. Ali bertekad utk memasuki perlumban itu dan berazam utk mendapatkan tempat ketiga bg membolehkan dia mendapatkan sepasang kasut buat Zahra. Tetapi semasa perlumbaan itu, Ali telah memenangi tempat petama. Maka Ali tidak memenangi sepasang kasut tetapi mendapat hadiah lain. Ali pulang dengan perasaan kecewa kerana tidak berjaya memberikan kasut kepada Zahra. Tetapi di akhir cerita, ayah mereka telah membelikan mereka sepasang kasut.


Itu serba sedikit sinopsis yg boleh saya ceritakn kt sini. Tapi kalu u alls nk tahu cerita sebenarnya yg pada saya sgt² touching tu, kenalh tgok cerita tu ye....Cerita yg pada pendapat saya sgt² mnyentuh hati dan memberikan kesedaran agar saya sentiasa bersyukur dilahirkan di dalan keluarga yg tidak susah. Mendapat kedua ibu bapa yg sentiasa memberi apa sahaja keperluan & kehendak anak² mereka. Cerita ini juga memberikan saya azam agar tidak menjadikan anak² saya seperti Ali dan Zahra....Semoga cerita " The Children of Heaven" ini akan mmberikan kita seribu keinsafan dan  sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada pada hari ini..............


No comments:

Post a Comment