Followers

Monday, June 13, 2011

KL Gangster

Sekarang tengah hangat cerita filem KL Gangster di pawagam-pawagam filem tanahair hasil buah tangan dan arahan Syamsul Yusof yang berjaya mendapat kutipan RM 5 juta dalam masa 3 hari tayangan.
Memang best dan terbaekk. Itu sahaja yang mampu saya katakan apabila tamat menonton filem KL Gangster ni. Semalam saya sempat menonton dengan suami tercinta sebab nak support filem tempatan. Memang penuh lah panggung. Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini. Dalam filem KL Gangster ni, darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang terbaekk daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster u alls lah. Ditambah pulak dengan aksi komedi daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya. Kekuatan filem KL Gangster ialah pada keberanian Syamsul untuk mengarahkan filem pertama yang benar-benar menceritakan kehidupan gangster di Kuala Lumpur. Good job Shamsul.
Kepada yg masih belum menonton filem KL Gangster ni, jom kita layan serba sedikit sinopsis filem ni ye....
Sinopsis
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru.
 .
Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster. Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. Bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

So apa lg, sapa² yg masih belum ke panggung bagi menonton filem ni, sila lh berbuat demikian ye....sbb filem ni memang TERBAEKK.....




No comments:

Post a Comment