Followers

Sunday, June 05, 2011

Nur Kasih





Aritu aku ada buat entry pasal drama yg tgh hot kt tv skrg ni, apa lg kalu bkn slot akasia "Nora Elena". So utk entry kali ni aku nk b'cerita lh plak pasal filem "Nur Kasih" ( penerbit filem ni kena byar royalti gak la kt aku, sbb tolong promote filem dier dlm entry aku nih...hehehe, jgn marah aa gurau² je wahai penerbit filem).


31/05/2011 aritu, husbang ajak tgok wayang. Tp citer yg dia ajak tu x menarik minat aku utk menonton ,(Kung Fu Panda) mungkin sbb dh janji ngn Dina kot nk tgok citer tu kt wayang sama². So kitaorang decide (lpas pujuk & pujuk Jard ) tgok citer Nur Kasih je lh. Hehehe so lpas beratur pnjang utk dptkn tiket, kitaorang dpt tgok kol 9.45 mlm. So tepat je kol 9.45 mlm, citer Nur Kasih pun dimulakan. So dlm panggung tu aku btul² la layan filem ni. At the end, conclusion yg aku bleh katakn, citer Nur Kasih ni memang best (pd pandangan aku la....) dan sedih. So kalu u alls semua kalu nk tau citer Nur Kasih ni ending dier mcmana, kena lh menonton filem ni yer......Apa² pn jom kita lyan sinopsis citer ni ye......


Sinopsis


Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd,  dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.


Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.





No comments:

Post a Comment