Followers

Monday, September 24, 2012

Jamuan Merdeka Raya 2012 Taman Rusa

Assalamualaikum semua ;)

Dah masuk bulan Zulkaedah 1433H dh pun tp still nk citer pasal Syawal 1433H. Hehe kekangan masa membuatkan saya x sempat nk update citer-citer raya 2012. Macam yang telah saya janjikan pada nota kaki entry Raya 2012 pasal citer Merdeka Raya 2012 Taman Rusa, so dikesempatan ini saya nk citer lah serba sedikit pasal Merdeka Raya 2012 ni.
     Untuk pengetahuan semua, majlis ni telah berlangsung pada 31 Ogos 2012 (Hari Merdeka) iaitu pada 13 Syawal 1433H. Pada petang sebelum berlangsungnya majlis tersebut, semua kaum lelaki bergotong royong memasang khemah di kawasan perumahan kami (Taman Rusa). Manakala kaum wanita tidak ketinggalan diberi kerja bagi menjayakan majlis tersebut. Jadi pada pagi hari majlis tersebut, kami kaum wanita bergotong-royong menyiang ikan, sotong dan ayam untuk dibuat BBQ. Adat kerja bergotong royong jadi semua kerja berjalan dengan lancar. Majlis pula dijangka bermula pada pukul 3.00 petang kerana kaun lelaki Solat Jumaat. Pada jam 3.00 petang, majlis pun dimulakan dengan ucapan daripada Penghulu Taman Rusa iaitu Encik Muhammad Sorhaizard Bin Omar (suami den la) dan seterusnya bacaan doa oleh penghuni No. A/2. Selesai je bacaan doa, acara makan-makan pun berlangsung. Antara menu hidangan majlis tersebut adalah nasi minyak bersama air asam, BBQ sotong, ikan, ayam, bihun goreng, sate, nasi himpit, kuih-kuih raya, air oren, anggur dan juadah-juadah sampingan yang lain. Meriah gak la menu pada hari tersebut. Sepanjang acara makan-makan tu, majlis dikendalikan oleh DJ yang disewa khas bagi majlis ini. Selain ada DJ bagi mengendalikan acara pada hari ini, pihak taman juga ada menjemput "Badut" yang di datangkan khas bagi menghiburkan anak-anak kami semua. Budak-budak apa lg teruja sgt-sgt bila tengok "Badut" tiup-tiup belon dan dijadikan objek-objek yang diminta oleh mereka. Selain acara makan-makan, pihak taman juga ada menyediakan beberapa game untuk anak-anak berhibur. Antaranya pertandingan kerusi muzik, isi air dalam botol, tiup dan pecahkan belon dan kutip coklat. Semua anak-anak terhibur sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut. Lepas je abis acara sukan untuk anak-anak, husband saya ada buat cabutan no rumah bertuah. Nombor rumah mana yang terpilih DIWAJIBKAN untuk menyumbangkan suara (karaoke) atau memberi ucapan. Tp DJ hari tu cabut semua nombor rumah (barulah adil semua kena), jadi semua ahli Taman Rusa memilih untuk berkaraoke. Ye lah time ni lah semua org nak tunjukkan bakat terpendam pun. Hehehe acara pada hari tersebut berlangsung sehinggakan ke waktu Maghrib.
     Memandangkan makanan pun masih banyak lagi, jadi kami semua terus berkumpul semula di tapak  majlis bagi tujuan makan malam beramai-ramai selepas solat Isyak. Dari majlis Merdeka Raya dah jadi parti BBQ pulak. Bagi kaum hawa kami berbual-bual selagi anak-anak tak mengamuk, buat perangai ajak balik rumah. Bila anak-anak dh buka sound, kami pun beredar. Manakala bagi kaum lelaki pula, mereka meneruskan chating-chating sehinggakan ke larut malam....Bila masing-masing dh mengantuk barulah mereka mencari jalan pulang ke rumah....
     Walaupun majlis ni pertama kali dianjurkan oleh pihak taman kami ( sbb tahun lepas baru taman siap) namun Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya majlis sebegini dapatlah kami beramah mesra antara satu sama lain dan berkenalan sesama jiran yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga kami....

Sesi bergambar beramai-ramai


Banner "Majlis Jamuan Merdeka Raya Taman Rusa 2012"

Irsyad & Arif (Anak Along saya)

Kaum Ibu

Geng lelaki tgh bakar ayam

 
Serbu....jamuan makan bermula

Kuih raya & dessert

Tok Penghulu pulun mkn dulu sbb nk conduct majlis lpas ni



Pertandingan akan bermula

Irsyad x join pertandingan, so tolak keta Arif pun jadi la....

Pertandingan tiup & pecahkan belon


Pertandingan isi air dalam botol

Me bergambar dengan Badut


Pertandingan rebut coklat


Tok Penghulu karaoke sbg wakil rumah A/1

Peminat drpd rumah A/6

Peminat drpd rumah A/18
 Itu je lah cerita Jamuan Merdeka Raya 2012 Taman Rusa yang telah berlangsung pada 13 Syawal 2012 .......bye....

No comments:

Post a Comment