Tengok tajuk kt atas mesti semua tertanya-tanya sayang kt sapa pulak minah ni. Hehe sebenarnya ni bukan sayang kt seseorang pun tp saya semakin sayang dan suka dengan kerja-kerja baru saya. Seperti yang semua sedia maklum, pada nota kaki saya sebelum ini ada saya nyatakan pasal tempat kerja baru saya. Untuk makluman semua, saya telah ditukarkan ke Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah mulai 1 Ogos 2012 (job rotation sbb dh 4thn stgh di Jab. Akauntan). Tetapi disebabkan saya sedang menanggung tugas kawan saya yg sedang cuti bersalin, jadi saya menaguhkan pertukaran saya sehingga 31 Ogos 2012. Ini bermakna saya akan memulakan kerja di Jabatan Insolvensi pada 3 September 2012. So harini dh sebulan lebih saya berkhidmat di jabatan yang baru. Yang pastinya bila saya ditukarkan ke jabatan yang baru, saya kena belajar tugas-tugas yang baru. Dah la ditempatkan di Jabatan Insolvensi, hem....kena pulak sini byk kod-kod amanah yang saya langsung tak pernah tahu sepanjang berkhidmat dlm kerajaan. So apa lg masa mula-mula masuk opis kepala BLANK langsung tak paham pasal kod-kod amanah ni.
Minggu pertama di opis baru ni perasaan saya dh mula berbelah bahagi sama ada nk stay atau nk minta tukar ke jabatan lain. Tambahan pula kebetulan kwn saya yang juga kena ditukarkan ke jabatan lain telah DIBATALKAN pertukarannya ada ajak saya tukar dengan dia suka sama suka ( sbb dia memang nak sgt keluar dr AG Kedah). Apa lagi saya diibaratkan orang mengantuk disurungkan bantal. Saya mula berfikir untuk meminta pertukaran suka sama suka dengan kwn saya tu. Saya dan dia masing-masing call HQ memaklumkan yang kami ingin bertukar suka sama suka. Pihak HQ memaklumkan saya yang kalau saya minta bertukar suka sama suka dengan dia sekalipun, saya mungkin x akan bertukar balik ke AG Kedah tetapi akan ditukarkan ke jabatan yang lain pula. Uwaaaaa......x berani lor nk amik keputusan mcm tu. Manalah tau kalau dpt tukar, sekali HQ hantar saya ke jabatan yg jauh dr rumah saya mau meraung pagi-pagi nk pegi kerja. Selain itu, saya ada jugak bertanyakan hal ni dengan husband, kakak ipar saya dan kwn-kwn rapat masa di AG dulu. Rata-rata memberikan pendapat supaya saya try dulu di sini untuk 6 bulan sebelum saya meneruskan hajat saya samaada ingin terus di sini atau minta tukar keluar.
Namun dari sehari ke sehari saya lalui di sini, hati saya semakin terpikat untuk terus berada di sini kerana byk kwn-kwn yang sudi membantu memberi tunjuk ajar di dalam tugas-tugas seharian saya. Saya byk bertanya sekiranya saya tidak paham dengan tugas-tugas saya. Apa yang penting mereka semua ini tidak lokek ILMU dengan saya. Disebabkan ini lah saya semakin hari semakin sayang dengan kerja baru saya ini.......Insyaallah saya akan terus berada di sini untuk tempoh 6 bulan akan datang. Hehehehe.........dan mungkin juga sehingga saya pencen selagi saya tidak di tukarkan ke jabatan yang lain.

kenangan di opis lama....huhuhu |
tagged awak kat sini
ReplyDeletehttp://aquarestsadrenalin.blogspot.com/2012/10/first-give-away-by-ftnjwablogspotcom.html
=)