Followers

Sunday, September 14, 2014

Gigi Susu Kakak

Assalamualaikum semua......

Jumaat last week, Dina ada bagitau yg gigi dia tumbuh berlapis di belakang. Baba suruh Dina buka mulut nk tengok betul ke gigi kakak tumbuh berlapis. Dina buka je mulut memang betul gigi Dina dh jenggol (tumbuh) agak tinggi gak la. Kalau semua nak tahu, Dina mula tumbuh gigi masa umur setahun lebih, so gigi susu dia memang masih elok tanpa sebarang kerosakan pluss Dina pulak rajin gosok gigi. So Baba decided utk bawa Dina jumpa Dentist pada hari Sabtu. Niat asal kami nk dapatkan pandangan mcmana nk buat dengan gigi susu Dina tu memandangkan gigi susu Dina masih kukuh ditempatnya. Masuk je jumpa Doc, Doc bagitau yg gigi susu tu terpaksa dicabut bagi membolehkan gigi kekal Dina naik elok ditempat gigi susu tu semula.

Ha....waktu ni lah mula drama bagai. Dina dh mula kecut perut samada nk cabut atau tak gigi susu dia. Jangan kata Dina, mama pun dh kecut perut anak dara dia nk cabut gigi. Dalam masa yang sama Dina nk gigi kekal dia tumbuh elok ditempatnya semula. Sekejap Dina setuju nk cabut, sekejap dia ubah pikiran pulak. Adoi, mana satu keputusan ni Dina? Yelah kan, budak 7 tahun nk buat keputusan yang mana mama dia pun akan terpikir banyak kali gak kalau kena cabut gigi. Seram tu bagi kami yang tak pernah lalui pengalaman cabut gigi ni. Mula la Dina berdialog tanya mama dan baba sakit ke tak cabut gigi ni. Mama pulak tak pernah cabut gigi anak oiii. Baba pulak jawab tak sakit pun sbb baba masa baya Dina dh pernah cabut gigi dh. Dalam masa yg sama Dina dh menangis dh tak tahu samada dia nk cabut atau tak gigi dia. Mama pun mulakan lah peranan utk pujuk anak dara dia. Mama bagitau Dina kalau Dina nk cantik bila besar nanti Dina kena la cabut gigi susu Dina ni supaya dia tumbuh elok semula di tempatnya. Tp kalau Dina nk gigi Dina ke dalam sikit dan tak duduk kt tempatnya tak payah cabut gigi susu ni. Akhirnya, Alhamdulillah Dina setuju nk cabut gigi susu dia sbb dia nk gigi dia cantik bila besar nanti.

Tapi Dina kenakan syarat nk mama temankan Dina sepanjang proses cabut gigi tu. So mama temankan lah Dina sepanjang proses tu dan hanya Tuhan je yang tau perasaan mama masa tu sbb mama tak pernah lalui semua ni dan terpaksa pulak bg semangat dekat Dina. Alahamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Rupanya kejap je masa diambil utk proses cabut gigi ni. Hehehe keluar je dari bilik Doc tu mama tengok Icat mengeluh lega tengok kakak dh selamat cabut gigi. Rupanya baba kata sepanjang kakak kt dalam bilik Doc tu, Icat dh tak senang duduk risaukan keadaan kakak dia. Sbb tu bila kakak kuar je dari bilik Doc Icat dh mengeluh kelegaan. Hehehe sayang gak bdk brutal ni dekat kakak dia. 

Naik je kereta Icat bagi layanan first class dekat kakak dia. Langsung tak bergaduh sepanjang perjalanan balik ke rumah. Kalau tak ada je yang nk digaduhkan dengan kakak dia sepanjang dalam kereta. Alhamdulillah selamat sudah kakak cabut gigi susu sbb gigi kekal sudah mula nak tumbuh.


Tuesday, September 02, 2014

Hampir Setahun Berlalu......

Assalamualaikum semua....

       Hampir setahun berlalu tanpa sebarang entry. Kalau ikutkan hati mcm-mcm nk luahkan dlm blog ni. Sampai tak tahu nk start citer dari mana. Hem...... dari mana nk mulakan ye....jap-jap nk pikir where should i start?

      Last punya entry gambar raya tahun 2013. Masa tu tgh pregnantkan Da'ie (anak ke-3)  6 bulan. Sekarang  Da'ie dh masuk 9 bulan..... Satu jangkamasa yang sangat panjang, mcm-mcm dh berlaku dan berlalu. Ada suka....duka....pahit dan manis.... Ok idea dh mari dan cara menceritakan kesemua yang telah berlaku hampir setahun yang lalu adalah..........

Biar gambar berbicara :

Disember 2013
19/12/2013 - Lahirnya cintahati kami yang ke-3


Muhammad Iyad Da'ie


Januari 2014
2014 - Irdina telah memulakan sesi persekolahan


2014 - Alhamdulillah Jad selamat menjadi tetamu Allah....menunaikan Umrah


April 2014
 Alhamdulillah rezeki baby baru mungkin - APC 2013

Jun 2014

9 Jun 2014 - Kenduri Akikah Da'ie




Julai 2014

Majlis Akad Nikah Ella - Adik Jad


Ogos 2014

Raya 2014
      Itu lah serba sedikit apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Nak mengarang rasanya macam terlalu panjang plak nanti , so harap segala gambar yang telah dimuat turun dapat menceritakan segalanya.....

      Jumpa lagi di entry yang akan datang (hope lepas ni rajin la update blog) ...................Bye
      



Wednesday, October 02, 2013

Sunday, June 23, 2013

Selamat Hari Lahir-Doa Untuk Anakku Muhammad Irsyad


 Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakanlah jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.
Ya Allah, Kau bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa, yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.
Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin......



Happy Birthday Irsyad Cayang
cepatnya masa berlalu....mama rasa Irsyad masih lagi baby mama
rasa mcm baru je mama lahirkan Irsyad

Moga Irsyad sentiasa menjadi anak yang Soleh
pandai jaga diri.....tak kira walau di mana Irsyad berada

Semoga Irsyad sentiasa berjaya di dunia dan akhirat
mama, baba dan kakak dina sentiasa mendoakan yang terbaik buat Irsyad
Sayanggggg Irsyad
Selamat Hari Lahir Yang Ke 3 Sayang......


Thursday, May 09, 2013

Small celebration

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah
7 Mei 2013 
Saya masih diberi kesempatan
Menyambut Hari Lahir Yang Ke-32

So
Disebabkan 7 Mei jatuh pada hari bekerja
Maka
Me, Jard and Dina (Icat tido so tinggal umah MIL)
Calebrate Birthday
Makan-makan di Pizza Hut pada sebelah mlm
Just a small celebration
From my beloved one....

Lepas makan terus husband ajak beli gift
Ala
Tak suprise langsung
Hehe
Sbb nk beli hadiah ajak birthday girl sekali
Alasan yang diberikan
Kalau abg beli sendiri
Takut Syg tak padan pulak
Warna dan patern dia dh siap pilih
Just pergi ukur saiz je.....
Hehehe
So sweet
Pandai jugak husband I pilih gift
Memang sesuai utk mommy to be
Apa-apa pun
Thanks a lot Sayang
I akan pakai sampai gift tu reput
Hehehe

Kalau u alls nk tahu hadiah apa
Nanti I ceritakan di entry akan datang k...
Insyaallah....

Jom kita layan pics pada hari kejadian k


Layan game before food sampai

Enjoy the food


Tukang lanje mkn mlm tu...
p/s : 1.  Tak lengkap rasanya celebration ni sbb Icat x join sekali....
       2.  Gambar celebration yang sikit disebabkan I dh lapar sgt so.....kita mkn dulu....tengok-tengok the
             food dh abis licin...huhuhu

Tuesday, April 23, 2013

The Croods


Assalamualaikum,

Hari minggu baru-baru ni, Dina request ajak tengok wayang. Setelah dibincang-bincang, buka cinema online cek ada citer apa di pawagan yang terdekat dengan umah kami, (samaada di Alor Setar Mall ataupun di Jitra Mall), pilih punya pilih citer, akhirnya kami sepakat nk tengok citer The Croods (in 3D). Mama ngn Baba pun kena lah layan citer kartun. Tak pe lah anak-anak punya pasal kami turutkan.

Memandangkan esok tu kami tak kerja, jadi kami layan citer tu waktu mlm. Kalu tak salah saya pukul 10.30 mlm kot. Mulanya tu Icat buat perangai gak tak mahu masuk pawagam. Maklumlah ni first time kami bawak dia tengok wayang. Kalau sebelum-sebelum ni, Icat memang kena tinggal kalu kami nk tengok wayang. Hehe kesian adik Icat kan? Akhirnya setelah dipujuk-pujuk oleh Baba Icat kembali cool dlm pawagam. Kakak Dina toksah cakap lah memang excited dia sampai mkn mlm pun x mau dh punya nk sampai pawagam awal. Hehe lain-lain anak lain-lain perangainya.

Ok berbalik kepada citer The Croods ni, mengisahkan tentang :

Family The Croods yg ada ayah mak anak pompuan 2 dan anak lelaki 1 dan 1 nenek

So dia org nI adalah cave man yg terakhir ....so citer nya dia org ni selalu duk dlm gua dan cuba sedaya upaya dia org to stay alive . Anak dia yg pompuan plak si Eep nih suka merayau-rayau sampai one day dia jumpa sorang lelaki nama Guy secara tak sengaja . Guy nih more modern la dari diaorg ...tak duk dlm gua ...dah pakai suar ...cerdik pandai dan tahu buat api ....dan pakai kasut bagai

Guy nih kata dunia ni akan pecah ..so dia org kena ke tempat baru ...so diaorg pun follow la si Guy nih . So dalam perjalanan dia ke puncak tertinggi punya la banyak adventure dia org dan lawak la sangat

Sampai la satu scene sedih di mana si bapak nih kena campak semua family member dia to the other side ...cam korban kan diri dia utk selamatkan mereka yg dia sayang sangat sangat ...

So apa terjadi pas tuh ? kena la tgk hehehe

mesti la happy ending ...

banyak pengajaran dlm citer ni ...yg mengajar budak-budak nilai kasih sayang antara ahli keluarga ...mcmana ayah banyak bekorban utk keluarganya ...sikap tolak ansur dan banyak lagi .

Sangat bagus utk bawak anak anak tengok plus anda pun ley ketawa sambil tgk citer nih ....2 thumbs up

Jom layan pic dina yang excited nk tengok wayang ni.....bila anak-anak happy, Mama dan Baba pun happy jugak.....Bye.....

Sama tak?


Monday, April 22, 2013

Renovate Rumah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah....
Syukur ke hadrat Illahi
sbb telah memurahkan rezeki kami anak beranak

So tahun ni, ada rezeki utk kami renovate rumah
sbb masa mula-mula masuk rumah
memang tak renovate pun
maklumlah nk masuk rumah pun
memerlukan belanja yg tinggi
kitchen kabinet pun x buat
just guna dapur biasa je

Tp Alhamdulillah tahun ini
rezeki agak murah
setelah diconggak, ditambah, ditolak, didarab dan bahagi
kami suami isteri sepakat
dan bersetuju nak tambah rumah

Kami bercadang
nk tambah satu lg living hall
sebuah lagi bilik (totally 5 bilik)
dapur ( + kitchen kabinet)
stor
ampaian

Let me expalin more about renovate ni
cewah speaking london plak
hehehe sekali sekala tak salah kn?

Sebelah kiri rumah kami tambah living hall
Living hall yang baru ni khas buat tetamu yang datang
living hall yang asal tu dijadikan private hall
so bila ada tetamu datang
tak lah anak-anak segan nk golek-golek tengok tv

Dekat living hall yang baru ni jugak
kami suami isteri sepakat nk tambah lagi satu bilik
husband dh bagitau nk jadikan bilik ni gym
hahaha nk bersenamlah sgt dia tu
takut-takut hangat-hangat tahi ayam je...

Dapur plak
kami tambah lagi sampai abis tanah belakang
so area tu kami plan nk buat kitchen kabinet
plus ruang mkn utk family
dapur yang asal plak
kami bercadang untuk
jadikan ruang mkn utk tetamu

sebelah kanan rumah plak
kami jadikan loundy area, ampaian dan stor
depan nya plak kami jadikan
parking kereta

So semua ni dlm progress
InsyaAllah


end of Mei ni siaplah kot
sbb total renovation ni
akan mengambil masa 2 bulan
mcm tu lah yang dijanjikan kontraktor

Apa-apa pun kita tunggulah
hasil renovation tu nanti
harap-harap kami berdua
puas hati dengan pengubahsuaian ini
Amin.....
Living Hall + Bilik
Pandangan sisi
Dapur

Friday, April 19, 2013

Spageti Goreng Kicap Berlada

Assalamualaikum semua.....

Hari ni saya nk berkongsi resipi "Spageti goreng kicap berlada". Seperti yg semua sedia maklum, kalau sebut je spageti atau dlm ejaan org putih spaghetti  mesti semua terbayang spaghetti carbonara lah, spaghetti and meatballs, speghetti bolognese dan byk lg. Tp tu semua resepi omputih yg rata-ratanya tak berapa sesuai dgn tekak kita. Sekali sekala mkn ok lah kn?

Ha...berbalik kepada tajuk kita di atas tu, hari ini saya nk berkongsi dengan u alls semua resepi spageti cara org melayu. Thanks to Mrsbobo sbb sudi kongsi resepi yg simple dan menarik ni. Jom kita share bahan-bahan dan cara-cara menyediakan resepi ni ye....

Bahan-bahan:
1.  Spageti direbus
2.  Brocolli dan cauliflower
3.  Ayam, daging, seafood, fishballs (ikut suka u alls la ye)
4.  Kicap pekat
5.  Kicap manis
6.  Bawang merah & bawang putih (chopped)
7.  Lada hitam yg ditumbuk
8.  Garam &
9.  Gula (utk perasa)

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2.  Masukkan ayam/daging/seafood/fishballs
3.  Masukkan kicap dan bahan-bahan perasa 
4.  Masukkan brocolli dan cauliflower
5.  Bila kicap dah mendidih, masukkan spageti dan gaul rata
6.  Akhir sekali taburkan lada hitam yg ditumbuk mengikut selera anda (kalau suka pedas tabur lebih sikit)
7.  Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda

Mudah kan nk menyediakan masakan spageti ni. W/pun mudah dan simple tp sungguh x terlintas di fikiran nk try buat sehinggalah saya BW blog Mrsbobo.

So ni lah menu lunch saya dan icat hari ni. Jom kita tengok pics spageti   goreng kicap berlada saya ye....

Selamat mencuba.....





Sunday, April 14, 2013

Bila Kakak Pose, Adik Pun Pose Gak...

Assalamualaikum semua....

Lama betul saya x bersiaran w/pun sebelum ini saya pernah berjanji utk update blog saya sekerap mungkin. Huhu maafkan saya kerana kekangan masa mengatasi janji-janji saya sendiri. Sebenarnya xde cerita menarik sgt untuk dikongsikan dengan u alls semua, just nk kongsi gambar anak-anak kesayangan saya sahaja.

Hari minggu lepas, saja suruh kakak posing sbb nk amik gambar kakak. Tengah kakak dok posing, datang adik posing gak. Marah-marah saya sbb x amik gambar dia. Hehe apa lagi mama pun cepat-cepat shoot gambar adik sbb bukan senang nk dapat gambar adik dengan kerelaan hati dia. Apa-apa pun jom kita layan stail posing dari kakak dan adik.....

Pose drpd kakak

Pose istimewa daripada adik
gaya adik yang tersendiri.....mahal oo

Adik pose ala-ala model
pandang tempat lain
Bye.....

p/s : Esok 15/4/2013 - 17/4/2013 saya akan berkursus di Jab. Akauntan Negara M'sia Negeri Kedah (opis lama saya).

Wednesday, April 03, 2013

Siapakah gerangan wanita ini?

Cuti Sekolah Merangkap Family Vacation

Assalamualaikum semua...

Cuti sekolah sudah seminggu berlalu, tp citer pasal cuti sekolah baru nk di share dlm blog saya ini.

Ujung-ujung cuti sekolah baru we alls plan nk p bercuti. Tak plan jalan jauh sgt pun, just bawak anak-anak tdo hotel kt Sungai Petani (SP) je. Dah la sebelum tu pun dh bawak anak-anak dok hotel di SP sbb saya berkursus di Cinta Sayang Golf & Country Resort. Tp time tu anak-anak ngn husband je seronok sbb saya kena attend kursus. Kali ni saya pun nk amik mood bercuti gak dan  nk bagi Dina merasa cuti sekolah.

Actually, hari Rabu mlm baru plan ngn husband, so kali ni kami pilih Park Anevue Hotel, SP. Nasib baik last minit booking masih diterima. Maklumlah cuti sekolah, w/pun time kami nk p ni dihujung-hujung cuti sekolah. Rate hotel pun boleh tahan, x lah terlalu mahal sgt. Hehehe we all pakai Gov. Rate. Alhamdulillah byk kemudahan yg disediakan utk Kakitangan Kerajaan ni, termasuklah rate kalau nk menginap di hotel.

Hari Khamis petang, kami Jabatan Kerajaan di Kedah kerja sampai pukul 3.30 ptg je. So abis je time keje, terus punch card and pecut laju-laju balik umah. Attend kenduri jiran jap, mkn sikit-sikit tunjuk muka pastu terus blah balik umah siap barang-barang dan anak-anak. Kami bertolak dari rumah pukul 6.15 petang sbb perjalanan ke SP mengambil masa lebih kurang sejam shj. Dalam pukul 7.30 petang kami pun sampai lah di Park Avenue Hotel, SP.


Sampai je kt kaunter nk check-in, bagitau nama terus kakitangan hotel bagi kunci bilik. Sungguh cepat dan layanan yang diberikan memang tip top. Sambil-sambil tu mata saya melilau tgok sekeliling kaunter, mata terus terpandang artikel dalam news paper yang digantung tentang layanan Park Avenue Hotel. Hotel tersebut telah diberi pengiktirafan layanan kaunter terbaik.

Dapat je kunci bilik, terus naik ke bilik. Dapat pulak bilik satu level ngn swimming pool, terus anak-anak mengelupur nk mandi kolam. Hehe slow talk ngn anak-anak bagitau pool dh tutup, pujuk bagitau esok pagi lpas breakfast boleh mandi kolam. Malam tu we all just lepak-lepak kt bilik, mkn mlm pun just tempah kt hotel mkn kt bilik je. Harga x lah mahal sgt, tp yang paling penting masakan yg ditempah memang SEDAP berbaloi dengan harga yang dibayar.

Bilik Standard Deluxe - bilik kami
Esok pagi lepas je breakfast, terus bawak anak-anak mandi kolam. Tp org kt pool boleh tahan gak la ramai. Bagi anak-anak mandi sampai dkt-dkt pukul 12 tghari gak la. Matahari semakin membahang, terpacak di atas kepala, dh kena pujuk plak anak-anak ajak balik bilik. Berdrama gak la ngn Icat. Dina ok lagi sbb dh faham apa yg kita explain, tp Icat siap menangis kelupur x mau balik bilik. Husband dukung gak dia, sambil dia nangis kelupur sepanjang jln nk balik bilik. Masuk je bilik, terus tahan air dlm bath tab bagi anak-anak sambung mandi kt bilik. Nasib baik hotel tu ada bath tab, kalu x mau pening kami nk melayan tangisan Icat. Hehehe lepas anak-anak siap mandi, we all keluar cari lunch. Lepas lunch, bawak anak-anak jalan-jalan kt SP. Petang balik bilik, sbb anak-anak dh letih nk tido. Saya ngn husband lepak-lepak tgok tv, ngn layan wifi hotel yg sangat laju ( kotak wifi betul-betul sebelah pintu bilik). Mlm tu pun malas kuar mkn just tempah mknan mkn kt bilik je, dlm kol 9 mlm niat di hati nk pegi main bowling kt Sejati Bowling sebelah hotel tu, tp rasa malas la plak. So kami lepak-lepak kt lobby hotel mkn ais krim sambil layan wifi sampai jemu naik bilik tido.

Irdina, Me and Irsyad
Pool
Esok pagi bagun turun breakfast ngn Dina je sbb geng lelaki bagun tdo lambat. Kami enjoy breakfast berdua sampai kenyang, then balik bilik bagi Dina berendam dalam bath tab. Geng lelaki bangun je terus siap-siap barang then chek out. Lpas check out terus kami gerak balik Alor Setar.

Itu lah cerita cuti-cuti sekolah baru-baru ini. Nk karang citer panjang-panjang x pandai. Hehe bye....

Thursday, March 28, 2013

Segment : 300 Bloggers

Assalamualaikum semua....



Setelah sekian lama menyepi dari sebarang entry, tup-tup arini muncul plak ngn Segment : 300 Bloggers. Segment ni dianjurkan oleh saudara Paly kita. Ha kwn-kwn jom kita ramai-ramai join segment ni. Cara nak join senang je, boleh klik SINI atau just follow step kt bawah ni ye....

1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri ni.
2. Publish dan hantar link korang, settle.

Ops lupa plak nk bagitau, segemnt ni tutup pada 3 April 2013 | Tepat pada masa 11:59 malam tau.

So good luck pada u alls and to me too...

Bye....

Friday, March 22, 2013

Lamanya Ku Menyepi......

Assalamualaikum semua....

Ya Allah lama betul ku menyepi dari dunia blog ni....Last punya update pun pada 1 Januari 2013. Since sekarang dh nk end of March, so saya nk lah jugak update blog supaya tak lah blog saya ni sepi tanpa sebarang cerita. Nanti lari plak followers saya yang....huhuhu sedikit ni. Erm korang semua nk tahu tak sbb apa saya lama menyepi dari sebarang tulisan dlm blog ni? Kalu tak mahu tahu pun saya tetap nk cerita gak....kronologinya begini.....
  1. Keje di Bahagian Akaun, merangkap ketua di Bahagian Kewangan, so awal-awal tahun semua sedia maklum mcm-mcm report nk kena siapkan....siap ada date line lagi tuh....bukan setakat nk siapkan utk HQ je , Audit Negara dan Jab. Akauntan pun nk gak report tu...
  2. Awal-awal tahun Jab. Akauntan dh dtg serbu opis buat Naziran.
  3. Dah siap segala report, HQ hantar plak " Peruntukan Tambahan" utk kes-kes kebankrapan yg lama-lama, sekali gus menambah kerja-kerja di Unit Akaun.
  4. Continue dengan rutin harian menyiapkan segala report awal bulan, pun ada date line gak.
  5. Bercuti bersama family (18 Jan - 20 Jan 2013). Kami pergi Cameron Highlands je bersama semua ahli family saya.
  6. Kursus di Jab. Akauntan Negara Negeri Kedah.
  7. Kursus di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani.
Kalau semua tgok kronologi kesibukkan saya sampai tak sempat nk update blog tu macam x busy je kan? Tapi tu lh sebenarnya yg saya hadapi...Maklumlh saya kn baru lesen L kt opis baru ni.So byk bnda saya nk kena belajar terutamanya nk menyiapkn Report Tahunan yg tebalnya mencecah 1 rim A4 paper bg 1 kod amanah. Byangkn saya ada 5 kod amanah,fiuhhhh mau pecah kepala nk siapkan.Tp Alhamdulillah saya berjaya gak siapkn w/pun terlepas sdikit date line...Syukur sgt-sgt....

Tp sekarang Alhamdulillah segala kesibukan saya dh berkurangan dan kembali melakukan tugasan harian saya yg juga agak sibuk,tp x lah sesibuk awal thn haritu....Insyaallah selepas ini saya akan cuba meluangkan sedikit masa utk blog kesayangan saya ini.....so........u alls...



Tuesday, January 01, 2013

Back To School

Assalamualaikum,

Alhamdulillah entry pertama di Tahun 2013. Tak ada cerita yang menarik pun cuma nak kongsi cerita anak pertama saya (Irdina) kembali ke sekolah pada hari ini.

Walaupun Irdina baru je masuk 6 tahun dan hanya bersekolah tadika, namun sebagai ibu dan bapa kami amat teruja dan gembira. Syukur sgt-sgt Irdina ke sekolah tahun ini dengan sikap yang positif dan yang paling penting "no more drama this year". Kalau yang dh pernah baca blog saya sebelum ini, Irdina memang buat drama last year waktu first day until her 60 days at school. Hehehe drama menangis sambil tarik baju mama sebab tak nak pergi sekolah. Kalau yang belum pernah baca, boleh spend time baca DISINI.

Mungkin tahun lepas Irdina baru je fist time menjejakkan kaki ke sekolah kerana sepanjang hayat Irdina sehingga berumur 4 tahun Irdina dijaga oleh Maktok dia (mak saya). So pengalaman belum pernah ditinggalkan ahli keluarga kot yang membuatkan Irdina menangis apabila hendak ke sekolah. Namun Alhamdulillah semua tu dh menjadi kenangan pahit dan pada saya sesuatu yang manis untuk dikenang buat saya, suami mahupun Irdina sendiri. Tahun 2013 ini, Irdina dh semakin bersemangat hendak ke sekolah kerana katanya dia rindukan kawan-kawan dan cikgu dia.

Apa-apa pun sebagai ibu, mama dan baba mengharapkan Irdina akan belajar pandai-pandai agar menjadi seorang anak yang berilmu didunia mahupun diakhirat. Amin......

1/1/2013

 

Monday, December 31, 2012

2013

Assalamualaikum semua,

SELAMAT
MENYAMBUT
TAHUN
BARU
DARIPADA :
SITI HAJAR,
SORHAIZARD,
IRDINA
&
IRSYAD